Friday 10 August 2012

Majlis Solat Hajat dan Qiammullail - 28 Mei 2012

Salam semua.

Bersempena dengan peperiksaan pada bulan Mei yang lepas, pelajar-pelajar tahun 2 Kajian Khidmat Sosial telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Qiammullail yang dikelolakan oleh Ahmad Safwan Bin Zakaria. Majlis adalah julung kali diadakan oleh pelajar Social Work dan tidak rasmi. Majlis adalah inisiatif pelajar-pelajar sendiri.



Walaupun agak terlambat untuk saya menulis di dalam diari Alumi Pelajar & Pensyarah Kajian Khidmat Sosial ini, tetapi saya tetap menghargai sahabat-sahabat yang telah bersama sama menghadirkan diri di Surau Al-Mustakim, Kota Samarahan selama 2 hari pada 28 Mei 2012 lalu.



Program bermula pada pukul 6.30 iaitu solat Maghrib dan kemudian bersolat Isyak.



Pelajar-pelajar kemudian makan malam beramai-ramai. Makan malam adalah hasil masakan ahli Social Work. Nasi putih dan ayam masak kicap.



Ukhuwah dieratkan lagi apabila semua pelajar makan beramai-ramai di dalam talam/dulang. 








Selepas itu, kami juga mengadakan sedikit ice-breaking untuk merapatkan lagi ukhuwah. Sesi ini dikendalikan sendiri oleh saudara Safwan dan sangat menyentuh hati. Kami dapat mengenal lebih dekat lagi rakan-rakan kami setelah sama-sama berkongsi rasa hati dan ramai yang menitiskan air mata setelah mengenal lebih dekat sahabat-sahabat Social Work.




Pelajar-pelajar perempuan telah bermalam di bilik khas yang dilengkapi penghawa dingin manakala pelajar lelaki berada di dalam surau.

Pada pukul 4 pagi pelajar-pelajar bangun dan bersama-sama melakukan qiammullail - solat-solat sunat, solat subuh dan membaca Ma'thurat.

Sebelum pulang, pelajar-pelajar bersama-sama bersarapan air teh dan roti. 




Walaupun majlis ini tidak dapat disertai oleh kesemua pelajar tetapi majlis ini telah mengeratkan lagi hubungan ahli-ahli Kajian Khidmat Sosial. Semoga majlis seperti ini diteruskan pada masa akan datang dan melibatkan kesemua pelajar termasuk para pensyarah Social Work dan pelajar-pelajar bukan Islam.




Kami mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar tahun 1 yang akan mendaftar pada bulan September 2012. Saya berharap agar kesemua adik-adik dapat menyelami program Kajian Khidmat Sosial dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.



p/s: Terima kasih kepada Nur Izzati untuk gambar gambar ni. :)






EMPOWER THE RIGHT.WE SHARE WE CARE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...